Tuesday, 7 February 2012

Siapa yang ingin disayangi

Jika seseorang itu ingin disayangi dia haruslah berusaha ke arah itu.Sejauh manakah kita mampu menyayangi diri sendiri serta seterusnya menyayangi orang lain sebaiknya.Adakah perjalanan hidup selama ini dalam konteks seorang ibu dan isteri telah menjadikanku lebih matang?Mungkin ya dalam sesetengah perkara tapi bagi yang lainnya mungkin bertambah sedikit kebaikan atau kecerdikan dari masa ke semasa.
Perkara yang paling baik pernah berlaku dalam hidup ini ialah mempunyai anak-anak yang diamanahkan Tuhan untuk kita didik sebaik mungkin.Menjadi seorang ibu yang baik bererti menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam banyak perkara.

No comments:

Post a Comment